Wakaf Tuan Farrer
Wakaf Tuan Farrer

Wakaf Tuan Farrer

Wakaf Tuan Farrer merupakan sebuah monumen bersejarah yang terdapat di Pasir Puteh, Kelantan. Monumen ini terletak di bulatan Jalan Nara, Pasir Puteh berdekatan dengan Masjid Ibrahimi iaitu masjid besar bagi bandar Pasir Puteh. Wakaf atau dalam Bahasa Inggeris Rest Pavilion adalah merupakan sebuah tempat yang dibina oleh penduduk tempatan bagi pengembara untuk berhenti rehat. Wakaf Tuan Farrer dipercayai dibina sekitar tahun 1917 - 1919 dan dinamakan sempena pemangku Penasihat British di Kelantan pada ketika itu iaitu Roland John Farrer.

Wakaf Tuan Farrer

Fungsi Wakaf / tempat rehat
Lokasi Pasir Puteh, Kelantan
Dibina pada 1917-1919 (anggaran)